Baru-baru ini penyanyi, Daiyan Trisha telah pergi ke Stadium Wembley, London, England bagi menyaksikan konsert Coldplay bersama-sama dengan pelakon, Aedy Ashraf.
Menurut sumber, tiket bagi konsert itu merupakan hadiah pemberian Aedy untuk Daiyan sempena hari lahirnya.
Difahamkan, tiket tersebut juga telah dibeli sejak tahun lepas kerana kedua-duanya bersetuju untuk menonton konsert berkenaan bersama-sama.
Saya baru pulang dari New York dan London. Ketika berada di London, saya berpeluang menonton konsert daripada kumpulan kegemaran saya, Coldplay. Memang satu pengalaman yang sangat tidak dilupakan.”
Tambahan pula, tiket untuk konsert itu diberikan oleh Aedy sebagai hadiah hari jadi saya sejak tahun lepas lagi. Jadi, saya dan Aedy ambil keputusan untuk pergi berdua menonton konsert berkenaan.”
Bertanyakan tentang status hubungannya bersama Aedy, Daiyan tidak memberi sebarang ulasan sebaliknya hanya tertawa dengan dengan soalan yang diajukan.
Sekadar info, Aedy sebelum ini didakwa putus cinta bersama pelakon, Amelia Henderson.
Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah:
The post “No Comment…” – Pergi Konsert Berdua, Daiyan Trisha Rahsiakan Status Hubungan Dengan Aedy Ashraf first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments