#Hiburan: “Untung La..” – Pekerja ‘Gomen’ Naik Gaji, Cuti Rehat (GCR) Dari 160 Ke 180 Hari

Berita gembira buat penjawat awam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk memberi hadiah istimewa kepada lebih kurang 1.28 penjawat awam bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) tambahan khas sebanyak RM100 yang akan dibayar bermula Januari depan.

Bukan itu sahaja, kerajaan juga bersetuju untuk menaikkan kadar maksimum jumlah cuti rehat yang boleh dikumpulkan bagi tujuan ‘award’ wang tunai (GCR) daripada 160 hari ke 180 hari.

Advertisement

Manakala Bantuan Khas Kewangan (BKK) tahun 2023 juga dibayar kepada anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah berjumlah RM700 dan RM350 bagi pesara kerajaan dan veteran tidak berpencen yang akan diberi pada Januari 2023.

Selain itu, kerajaan juga telah memperluaskan tafsiran ahli keluarga bagi kemudahan Cuti Tanpa Rekod urusan kematian ahli keluarga terdekat.

Manakala bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun, tambahan Kadar Cuti Rehat Khas sebanyak 5 hari menjadikan Cuti Rehat Khas 15 hari setahun. – BERNAMA TV

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

19 jam lalu

Meronta Sakit, Pakar Sahkan Kesan Lecur Di Tangan Bella Kemungkinan Besar Disebabkan Air Panas

The post “Untung La..” – Pekerja ‘Gomen’ Naik Gaji, Cuti Rehat (GCR) Dari 160 Ke 180 Hari first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments