Mengeluarkan ‘single‘ terbaharunya berjudul ‘Baby Sayang’ bersama Baby Shima, usahawan kosmetik, Aliff Syukri, meluahkan rasa kesal apabila dia merasakan bahawa bakatnya tidak diterima dari pelbagai pihak.
Dalam pada itu, Aliff juga mendakwa pihak di luar sana akan menghargai bakat nyanyiannya apabila dia sudah meninggal dunia.
Takkanlah nak tunggu saya dah mati baru semua orang nak hargai bakat yang ada pada saya.”
Menerusi temu bual bersama media, Aliff turut menyifatkan sikap rakyat Malaysia adalah sangat pilih kasih apabila boleh menerima artis luar negara yang kadang kala nyanyiannya tidak berapa baik.
Sehubungan itu, Aliff atau nama sebenarnya Aliff Syukri Kamarzaman, 35, berharap agar rakyat Malaysia tidak mensia-siakan bakat nyanyian yang dimiliki dan menghargai niatnya untuk menghiburkan orang.
Cubalah sesekali tu hargai sahaja bakat saya ini, saya buat lagu bertujuan untuk menghiburkan orang sahaja.”
Sebelum ini, Aliff Syukri pernah dikecam kerana video promosi lagu baharunya bersama Baby Shima memperlihatkan aksi menghairahkan dan kurang sesuai ditonton masyarakat.
Aliff juga turut dikecam apabila didakwa mempermainkan isu tentang kesihatan mental yang dihadapinya.
Selain itu kami juga kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah:
The post “Takkan Nak Tunggu Saya Mati” – Aliff Syukri Sedih Dikecam, Dakwa Bakat Terpendam Tak Dihargai first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments