#Hiburan: “Tok Ram Bersama Orang Gajinya..” Bergambar Bersama, Datin Alyah Mencuit Hati Peminat Dengan Kapsyen Lucu Foto Bersama Suami

Meskipun jarang dilihat bersama, semua sedia maklum bahawa Datuk Ramli MS dan Datin Alyah kini bahagia bersama sebagai suami isteri.

Walaupun sibuk menguruskan hal kerjaya dan rumah tangga, Datin Alyah baru-baru ini ada memuat naik foto bersama suami tersayangnya itu dan kedua-duanya kelihatan segak dan bergaya.

Namun yang menarik perhatiannya adalah kapsyen yang ditulis Alyah yang kelihatan agak lucu hanya sekadar gurauan untuk dikongsikan kepada peminat di luar sana.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)

“Tokram dan orang gajinya. Tak tau pulak dorang nak ambil gambar macam ni kalau tak dah pakai baju barbie doll ha..”

Difahamkan gambar itu diambil ketika dia berada di Gegar Vaganza untuk menemani Tok Ram selaku juri tetap program tersebut  pada hari Ahad yang lepas dan telah diminta untuk bergambar secara eksklusif oleh jurugambar yang berada di majlis itu.

View this post on Instagram

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)

Alyah pada masa yang sama turut memberitahu bahawa itu merupakan kali pertama dia diminta duduk bersebelahan apabila bergambar secara profesional.

Sekadar info, Alyah dan Ramli MS sebelum ini ada menwar-warkan bahawa mereka berdua ada merancang untuk mempunyai anak sendiri dalam masa terdekat melalui proses persenyawaan In-Vitro (IVF).


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments