#Hiburan: Teruk Dihina, Wani Comel Akui Mahu Saman Netizen

Dilihat seakan menyeru netizen supaya berfikir dahulu sebelum meninggalkan komen negatif kepadanya, gadis obesiti, Wani Comelkini khabarnya akan mengambil tindakan dengan membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap individu tidak bertanggungjawab yang melemparkan kata-kata fitnah terhadap dirinya.

Menurutnya, perkara itu terpaksa dilakukannya susulan ramai warganet seakan tidak henti-henti mencaci maki diirinya.

Advertisement

Bahkan ada juga yang melemparkan tohmahan selepas mendedahkan dirinya ditipu dan diperdaya oleh usahawan kosmetik.

Pendedahan itu dilakukannya sendiri menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

“Terlalu banyak pihak yang tak henti henti mengacau hidup wani dengan pelbagai kata kata kesat dan tak kurang juga ada yang mendoakan Wani mati. Wani ingin menasihatkan agar mana-mana individu yang tag Wani dengan cubaan gangguan, fitnah, cacian, makian, hinaan dan apa-apa perkara negatif lain termasuk body shaming, Wani sendiri akan membuat laporan polis dan laporkan kepada pihak SKMM kerana Wani berhak berbuat demikian.”

Ujarnya lagi, tindakan undang-undang akan diambil kepada individu yang ingkar. Hal ini demikian kerana, Wani kini dipercayai sedang giat mengumpul kata-kata hinaan itu sebagai bukti untuk dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Advertisement

“Mereka yang membantu wani telah mengumpulkan semua bukti2 komen anda yg menghina, mengecam,menghasut masyarakat untuk provokasi menimbulkan perbalahan hal Wani di media sosial di Instagram dan DM Wani. Tiada faedah untuk Wani menipu sesiapa dan tiada untungnya Wani buat tindakan macam tu. Hati hati bila menulis takut termakan diri.”

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila Wani tampil mendakwa haknya sebagai duta sebuah produk dinafikan.

Dalam pada itu, beliau difahamkan membuat sidang akhbar mendakwa dirinya dianaiya seorang usahawan kosmetik penuh sensasi dan mengakui dirinya seolah m ditipu selepas tidak mendapat sebarang faedah dan bayaran seperti yang dijanjikan pihak berkenaan.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments