#Hiburan: (TAKZIAH) Ibu Pelakon Ziela Jalil Meninggal Dunia Pada Usia 70 Tahun

Ibu kepada pelakon dan penerbit, Ziela Jalil dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir pada tengah hari semalam.

Berita duka itu telah dimaklumkan Ziela sendiri menerusi satu entri yang dimuat naik di laman Instagram Story miliknya pada lewat malam tadi.

Difahamkan, ibu Ziela yang bernama Fatimah Binti Othman meninggal dunia pada usia 70 tahun akibat daripada komplikasi pelbagai penyakit.

Advertisement

Jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur selepas Asar.

Dalam entri yang sama, penerbit syarikat produksi Pena Creative Picture itu turut memohon doa agar roh ibunya ditemparkan dalam kalangan orang yang beriman.

Manakala pelakon Maznah Zolkifli turut berkongsikan sekeping foto yang memaparkan suasana sepanjang pengebumian Allahyarham, semalam.

Takziah diucapkan kepada Ziela Jalil dan keluarga di atas pemergian insan tersayang. Al-Fatihah.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments