#Hiburan: Pernah Jatuh Muflis Dan Berhutang 8 Juta, Fizo Omar Kongsi Pengalaman Bergelar Selebriti

Siapa sangka, di sebalik kejayaan seorang pelakon yang juga usahawan, Fizo Omar berkata dia juga pernah didatangi musibah dan ujian yang hebat.

Tambah Fizo, dia pernah menjadi mangsa rakan kongsinya sendiri sehingga menyebabkan dia jatuh muflis kerana ditipu dalam perniagaan.

Memulakan kerjaya sebagai pemain bola sepak namun terpaksa berhenti apabila pasukannya mengalami masalah kewangan, Fizo tertekan kerana tidak mampu  menanggung ibu dan adik beradiknya ketika itu.

Advertisement

Kemudian, Fizo memulakan langkah dalam industri seni apabila dia menyertai pertandingan Hero Remaja selepas disarankan oleh rakannya sendiri.

View this post on Instagram

A post shared by N A U R A (@naurashares)

Dia dalam pada itu turut mendedahkan bahawa dirinya dikhianati seorang teman ketika mula berniaga suatu ketika dahulu. Menurut Fizo, dia telah dikehendaki untuk membayar kepada bank sebanyak RM8 juta sebelum diisytiharkan muflis.

Disebabkan itu, Fizo pada ketika itu berasa trauma dan lebih suka menyendiri malah ibu dan adik beradiknya yang lain turut terkesan akibat kejadian itu.

View this post on Instagram

A post shared by fizoomar (@fizoomar)

Advertisement

Perkongsian itu telah dikongsikan sendiri oleh Fizo menerusi program Naura Shares yang telah ditayangkan menerusi saluran Astro Naura pada malam Jumaat yang lalu.

Meskipun dilanda pelbagai ujian, kini Fizo bangkit dan bergerak ke hadapan untuk melupakan kisah hitam itu.Melalui cabaran hidup yang pernah dihadapinya itu , dia kini lebih mengerti akan hikmah di sebalik ujian dan dapat belajar tentang cara untuk menghadapi masalah dengan lebih positif dalam mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

Sumber : Astro Gempak


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments