#Hiburan: Tak Perlukan Ayah, Cik B Harap DSV Tidak Bertemu Jodoh Lagi

Seakan memberi gambaran bahawa figura bapa bukanlah individu yang diperlukan dalam kehidupannya kini, anak kepada usahawan penuh sensasi Datuk Seri Vida, iaitu Cik B mendedahkan cukup sekadar ibunya memainkan peranan sebagai bapa dan ketua keluarganya.

“Saya tak rasa pun tak ada ayah ni membuatkan saya cemburu dengan orang lain. Saya rasa lebih bagus tak ada ayah, saya boleh tidur dengan mama, boleh manja-manja dengan mama. Saya lebih selesa kalau tak ada ayah, sebabnya mama adalah mak, ayah, kakak dan kawan saya. Semua mama!”

Menurut laporan Gempak, kehadiran bapa tiri sebelum ini seperti tidak mampu memberikan kebahagiaan kepada keluarganya.

“Bila ada bapa tiri, saya dah rasa saya tak perlukan ayah. Saya tak boleh tidur dengan mama. Mama kurang bagi perhatian kepada saya dan lebihkan ayah tiri saya. Bercuti pun mereka berdua.

Malah, Cik B yang kini semakin popular dengan lagu sulungnya bertajuk “Tolonglah” itu tampil memaklumkan kepada umum bahawa dirinya tidak mahu andai ibunya dipertemukan jodoh lagi.

“Dengan usia mama sekarang, saya harap mama tidak bertemu jodoh lain. Teman hidup mama adalah saya. Tambah pula berdasarkan pengalaman sebelum ini, mama dah lalu macam-macam. Full stoplah!”

Untuk rekod, Vida sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan Fairuz Ahmad Zainuddin selama tiga tahun. Bagaimanapun segalanya musnah selepas kedua-dua mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada April 2017. Malah, beliau juga difahamkan pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali sepanjang hidupnya.

Sumber: Gempak


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments