#Hiburan: Rapat Dengan Mentua, Mawar Rashid Akui Anggap Macam Ibu Sendiri

Biarpun mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga di usia yang muda, namun pelakon popular tanah air,  Mawar Rashid akui dirinya mempunyai cara tersendiri untuk bergaul dengan ibu mentua.

Kata Mawar, beliau melayan mentuanya sama seperti melayan ibu kandungnya sendiri.

“Hubungan dengan ibu mentua rapat kerana sudah ada ‘bonding’ dari awal. Seperti mana saya layan mummy, begitu juga layanan saya pada ibu (mentua).

Ujarnya lagi, di awal perkahwinan memang agak sedikit kekok untuk dirinya rapat dengan keluarga mentua, namun lama kelamaan keserasian itu timbul antara mereka.

“Awal-awal memang sedikit kekok, tapi ibu dan ahli keluarga lain banyak beri tunjuk ajar. Jadi timbul keserasian antara kami. Saya memang dilahirkan dalam keluarga besar, apabila berada di rumah mentua, ia mengigatkan saya seolah berada dalam keluarga sendiri.”

Mawar juga mendedahkan dirinya mula mempelajari cara dan budaya hidup orang lain. Hal ini demikian kerana, Mawar sebelum ini dibesarkan daripada keluarga berketuruan Thailand.

“Maklumlah sebelum ini saya lebih ke arah orang Thailand. Tapi keluarga mentua lebih tersusun, disiplin. Ibu ajar bagaimana mahu jadi isteri dan menantu yang baik memandangkan usia saya masih muda.”

Selain memuji ibunya yang prihatin, Mawar juga dilihat tidak ketinggalan memaklumkan dirinya juga rajin menolong di dapur.

“Kalau di rumah ibu memang rajin memasak, jadi saya akan bantu mana yang patut. Cuma lepas mengandung saya alahan dan tak boleh masak. Tapi ibu sangat memahami dan prihatin.”

Dedah Mawar, dikurniakan suami yang baik merupakan suatu nikmat yang paling bermakna kerana suaminya Raf Yaakob disifatkan sebagai seorang yang penyayang terhadap ibunya lantas ia juga menjadi salah satu sebab mengapa dirinya bersetuju untuk menjadi isteri kepada jejaka tersebut.

“Sifat penyayang terhadap ibunya menunjukkan dia boleh menjadi suami yang baik kepada saya dan itu antara sebab kenapa saya setuju menjadi isteri kepada Raf.”

Sumber: Media Hiburan


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments