Melalui perkongsian terbaru pelakon hebat, Nabila Huda di platform TikTok yang memaparkan dirinya sedang memerli sikap seseorang berstatus ‘Datin’ telah pun menarik perhatian ramai.
Nabila beri amaran pada wanita bergelar ‘Datin’
Menurut Nabila, 40, dia berasa tidak berpuas hati dengan wanita tersebut kerana telah membuat ‘onar’ sehingga memburukkan nama baik keluarga serta suami.
Kau cubalah sedar sikit kau itu pelacur berstatus Datin, kau ingat diri kau besar sangat ke? Aku dah cakap dengan kau satu Malaysia tak suka kau, kau dah boleh keluar dari negara ini.
Nabila atau mesra dipanggil sebagai Abil turut mengingatkan wanita berkenaan sedar dari mana asal usulnya sebelum kejahatan yang dilakukan dibongkar oleh aktres terbabit.
@abilsuhaimi Tengah rehearsal monoloque untuk my next job. Wish me luck for my next character everyone #Fyp ♬ original sound – Nabila Huda
Hantaran sindiran tuju untuk siapa?
Aku dah banyak kali beri amaran, jangan sampai orang selidik siapa diri kau yang sebenar. Jangan sampai orang lain korek segala benda jahat yang kau pernah buat.
Namun begitu, Abil menegaskan bahawa dirinya tidak menyebut mana-mana pihak dan memberi amaran setiap kelakuan yang tidak baik pasti akan mendapat balasan satu hari nanti.
Dalam pada itu, di ruangan kapsyen hantaran tersebut, pelakon berkenaan berkata semua yang diperkatakan itu merupakan monolog untuk projek terbarunya.
The post (VIDEO) “Hei Betina, Berhenti Malukan Keluarga & Suami.. Sedar Sikit Kau Tu P*lacur Berstatus Datin” – Nabila Huda first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments