#Hiburan: Tak Garang, Isteri Dedah Ali Puteh Seorang Suami Yang Berprinsip

Melihat perwatakannya sebelum ini, pasti ramai dalam kalangan netizen menyangkakan bahawa pelawak Ali Puteh sebagai seorang yang garang dan bersikap tegas.

Namun demikian, menurut isteri kepada pelawak penuh sensasi itu iaitu Melati Fitri, beliau seakan tampil mendedahkan kepada umum bahawa suaminya bukanlah seorang yang garang, namun merupakan seorang lelaki yang berprinsip.

Advertisement

Katanya, suaminya seorang individu yang tidak mudah putus asa dalam mengejar apa yang diinginkan.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Melati dalam sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagramnya tempoh hari.

Kredit – mStar

“Awak rasa dia macam mana?? Ramai yang kata dia garang tapi tak la garang sangat sebenarnya. Dia ngorat time sekolah dulu. Dia punya prinsip selagi dia tak dapat selagi tu lah dia try.”

Untuk rekod, Ali dan Melati telah sah bergelar suami isteri pada tahun 2016. Hasil perkahwinan itu, pasangan romantis ini dikurniakan tiga cahaya mata namun anak kedua mereka disahkan meninggal dunia berikutan kompilasi jantung.

Sumber: mStar


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments