#Hiburan: Lagu ‘Legend’ Dah 25 Tahun, Man Bai Kembali Dengan Kau Ilhamku 2020

Lagu yang sentiasa menjadi siulan masyarakat sehingga kini, Kau Ilhamku nyanyian Man Bai kini kembali dengan versi baharu sempena ulangtahun ke-25 yang dinamakan Kau Ilhamku 2020.

Lagu malar segar ciptaan Asmin Mudin ini khabarnya telah diberi nafas baru apabila tampil dengan terjemahan berbeza daripada rakaman asal,

Man Bai yang ditemui media berkata, lagu berkenaan cukup istimewa dan dekat di hatinya.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by MANBAI (@manbai67)

“Menerusi Kau Ilhamku 2020, saya cuba berikan penghargaan sewajarnya kepada lagu yang pernah menaikkan nama saya pada suatu masa dahulu. Nafas baru yang diberikan kepada lagu ini serta susunan muzik yang lebih gah akan menyajikan sajian muzik yang lebih indah..”

Man Bai dalam pada itu turut berharap agar terjemahan baharu ini akan membuatkan lagu Kau Ilhamku kekal relevan sepanjang zaman.

Ketika diminta untuk mengulas mengenai maksud muzik video rasmi lagu berkenaan, Man Bai memberitahu bahawa dia ingin mendedikasikan penghargaan kepada seniman dan seniwati tempatan dan juga antarabangsa yang telah memberi impak kepada dirinya dan juga kepada dunia seni.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by MANBAI (@manbai67)

Lagu Kau Ilhamku 2020 terbitan Universal Music Malaysia ini kini boleh dilayari di semua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox, dan juga Apple Music. Manakalan video muzik rasmi lagu ini boleh ditonton di saluran YouTube Universal Music Malaysia.

Sumber : Astro Gempak


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments