#Hiburan: Aprena Manrose Tumpang Kasih Anak Emma Maembong Kerana Masih Belum Dikurniakan Cahaya Mata

Pelakon popular tanah air Aprena Manrose tampil memuat naik sebuah posting di laman Instagramnya sambil memaparkan dirinya bersama anak rakan karibnya iaitu Emma Maembong.

Dalam entri berkenaan, jelas kelihatan keterujaan pelakon drama Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin itu bertemu bayi tersebut.

Advertisement

Beliau yang amat menyayangi anak sulung pelakon itu dilihat seakan sempat berseloroh mengatakan andai Emma dan suaminya sibuk, bayi itu boleh dihantar kepadanya untuk dijaga.

“Allahu.. geramnyehhh! molek seketul tidur atas dada. tak ada anak, anak orang pun jadi lah buat feeling2 macam anak sendiri. Kalau mama baba busy, sila2 lah hantar pada bubie yaa.”

Selain itu, Aprena juga khabarnya tidak ketinggalan menitip doa buat Shariq Arshan Gabriel agar menjadi anak yang soleh di dunia dan akhirat kelak.

Advertisement

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya tampil menzahirkan kata-kata positif buatnya.

Bahkan mereka juga turut mendoakan agar Aprena dikurniakan rezeki menimang cahaya mata suatu hari nanti.

Untuk rekod, Aprena dan Afiq Hazman telah sah bergelar suami isteri pada 12 November 2016. Meskipun telah lebih empat tahun mendirikan rumah tangga, namun pasangan ini masih belum memperoleh zuriat.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments