#Hiburan: Sebelum Berkahwin, Ernie Zakri & Syamel Berjaya Buka Kafe Bersama

Penyanyi Ernie Zakri dan pasangan tunangnya, Syamel kini tampil bekerjasama membuka kafe yang menyediakan menu-menu istimewa serta kudapan ringan buat santapan pelanggan.

Menerusi posting yang di muat naik di laman Instagram Ernie Zakri, beliau dilihat sangat teruja berkongsi foto-foto semasa perasmian pembukaan kafe mereka yang terletak di Setapak.

Advertisement

Penyanyi lagu Ku Bersuara dilihat tidak ketinggalan menzahirkan ucapan terima kasih kepada Syamel kerana bersama-sama melaksanakan impian mereka  membuka sebuah kafe yang diberi nama Se-Table Cafe.

Advertisement

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya dan peminat pasangan romantis ini sempat mengucapkan tahniah kepada mereka kerana berjaya membuka perniagaan bersama.

Advertisement

Bahkan, ada juga yang tampil mendoakan agar perniagaan yang diusahakan pasangan ini akan terus berkembang maju.

Malah, mereka juga dilihat langsung tidak terlepas menitip kata positif supaya hubungan yang terjalin ini berkekalan hingga ke jenjang pelamin kelak.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments