#Hiburan: Meja Dan Sofa Diconteng Pen Dakwat Kekal, Syahmi Sazli Cuit Hati Peminat Apabila Tayang Anak Tunjuk ‘Hasil Seni’

Pelakon dan juga pengarah yang namanya semakin meningkat naik, Syahmi Sazli baru-baru ini telah berkongsikan sebuah video lucu di ruangan Instagram miliknya.

Pengarah dan pelakon filem Mael Totey The Movie ini telah memuat naik video memaparkan gelagat anak perempuannya yang menconteng perabot di pejabat dengan pen dakwat kekal.

Menganggap ianya sebagai satu kejutan, anak perempuan Syahmi yang bernama Ainul Mardiah itu dilihat telah memaparkan hasil ‘seni’ apabila melukis di atas sofa dan meja dengan sebatang pen berwarna merah.

Advertisement
View this post on Instagram

 

A post shared by Mael Totey (@syahmisazli)

Tambah pening, menurut Syazli dia bakal menerima kehadiran tetamu istimewa dalam masa terdekat, yang difahamkan pengerusi FINAS bakal membuat kunjungan ke pejabatnya dalam minggu ini.

Dengan nada berseloroh, Syahmi turut bertanyakan kepada pengikut Instagramnnya tentang cara untuk menghilangkan contengan yang bukan sahaja di perabot malah turut terdapat di wajah anaknya itu.

Dia kemudiannya dilihat sedaya upaya menggunakan sabun pencuci pinggan untuk meninggalkan kesan kotoran tersebut menerusi Instagram Stori miliknya.

Meninjau ruangan komen, rata-rata tampilterhibur dengan gelagat si kecil itu. ‘Sel-sel otak berhubung’ kata peminat!


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments