#Hiburan: Rindukan Bapa, Anak “Surprisekan” Norman Hakim Di Set Penggambaran

Pelakon serba boleh, Norman Hakim tampil memuat naik sebuah video di laman Instagramnya menyaksikan dirinya menerima kejutan istimewa daripada anak gadisnya Marissa Dania Hakim apabila hadir ke set penggambaran secara senyap-senyap untuk bertemu dengannya.

Menerusi hantaran tersebut, anaknya dilihat memakai pelitup mulut seakan berpura-pura mahu menghantar air kepadanya ketika sedang melakukan perbincangan semasa menjalani pengambaran drama The Maid.

Advertisement

Lantas, suami kepada pelakon Memwy Suhaiza itu seolah terkejut dengan kehadiran anaknya dan terus memeluk dan mencium dahi gadis tersebut.

Advertisement

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya menzahirkan rasa terharu melihat keakraban anak beranak ini.

Malah mereka juga turut memuji tindakan Norman yang sebelum ini khabarnya bijak mendidik anak-anaknya dengan pegangan agama yang kuat.

Tidak ketinggalan, Norman juga sempat merakam momen di mana Marissa menitiskan air mata kerana terlalu merindukannya.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments