#Hiburan: Nak Elak Lori, Ezzaty Abdullah Terlibat Dalam Kemalangan Langgar Penghadang Jalan Raya

Pelakon Ezzaty Abdullah baru-baru ini menerusi Instagram telah memaklumkan bahawa dia telah terlibat dalam sebuah kemalangan apabila kereta yang dipandunya melanggar penghadang jalan awal pagi tadi.

Menurut pelakon drama Cinta Sekali Lagi ini, kejadian itu berlaku pada kira-kira 1 pagi ketika dia dan pembantu peribadinya sedang dalam perjalanan pulang usai sahaja sesi penggambaran.

Tidak mengalami sebarang kecederaan, Ezzaty dan pembantunya difahamkan selamat dan kereta yang dinaiki terpaksa ditunda oleh trak penunda untuk dibawa ke bengkel.

Advertisement

Dia dilihat telah berkongsi rakaman video keretanya dibawa oleh trak berkenaan.

Jelas Ezzaty lagi, punca kemalangan bukanlah disebabkan oleh dia terlelap tetapi kerana kegagalan untuk mengelak daripada kenderaan serta lori daripada belakang keretanya lalu mengakibatkan dia terbabas ke pembahagi jalan.

Mengharapkan ada hikmah di atas semua yang berlaku, Ezzati turut dihujani komen agar dipermudahkan urusan oleh para peminat yang mengikutinya di media sosial Instagram.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments