#Hiburan: Tunjuk Sisi Komedi, Johan As’ari Bakal Bertanding Dalam Program Realiti Muzikal Lawak Superstar

Meskipun bergelut dengan kekurangan tawaran lakonan sejak penularan wabak COVID-19 di negara kita, nampaknya pelakon Johan As’ari seolah-olah telah memperoleh sinar baharu apabila dia kini mula ‘dikejar’ oleh penerbit setelah sektor penggambaran dibenarkan beroperasi semula.

Johan atau nama sebenarnya, Johan Ariff As’ari menjelaskan bahawa aktiviti seninya kini kembali aktif setelah sibuk dengan beberapa projek.

Menurut Johan, dia telah ditawakan untuk berlakon dalam drama berjudul Sabili : Ali arahan Mawi dan turut diberi mandat sebagai teraju utama.

Advertisement

Selain itu, dia kini sibuk dengan penggambaran filem Penunggang Agama untuk siaran Astro First arahan Syafiq Yusof.

Namun, yang lebih menarik perhatian adalah Johan turut ditawarkan untuk menyertai program realiti bertemakan komedi iaitu Muzikal Lawak Superstar, tidak lama lagi.

“Saya berganding dengan Ilham Abata dan Din Latah di bawah kumpulan Teruna. Ini kali pertama saya mencabar diri menyertai pertandingan seumpama itu.”

 

Advertisement

Johan yang sebelum ini pernah menggondol trofi Artis Baharu Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 yang lalu kini bakal terus ‘mendunia’ di dunia seni lakonan apabila telah ditawarkan dengan projek terbaru sebanyak 26 episod yang bakal menyaksikan dirinya berganding dengan Jasmine Suraya untuk siaran RTM.

Sumber : Berita Harian


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments