#Hiburan: Terima Banyak Mesej Daripada Duda Ajak Kahwin, Ashira Tak Memilih Namun Dah Anggap Macam Bapa

Penyanyi Ashira yang kini sedang mempersiapkan diri untuk pusingan akhir program Gegar Vaganza yang bakal berlangsung pada Ahad ini mendedahkan dia banyak menerima mesej daripada peminat yang menyatakan hasrat untuk menjadikannya sebagai isteri.

Menurut Ashira, kebanyakan individu yang menghantar pesanan berikut terdiri daripada  warga emas dan duda malah ada juga yang ‘berani’ menghantar nombor peribadi dan merayu untuk berjumpa secara berhadapan dengan dirinya.

“Ramai DM saya di Facebook dan Instagram..ada yang mesej cakap kita sama-sama janda dan duda, terus terang tanya saya nak apa dan ajak kahwin. Siap ada yang beri nombor telefon dan nak jumpa untuk kenal-kenal. Memang banyak mesej macam itu saya terima, tapi saya tak balas, hanya baca sahaja. Tapi sempatlah tengok profil mereka dan kebanyakan ialah lelaki lebih berusia. Bukan memilih tau..”

Advertisement

Ashira yang sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga namun berakhir dengan penceraian pada tahun 2015 yang lalu turut dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Megat Shazril Haziq Hadi yang kini berusia 14 tahun.

View this post on Instagram

A post shared by AshiraGV7 (@ashiraaziz)

Dia dalam pada itu sempat ditanyakan mengenai keinginan untuk mendirikan rumah tangga buat kali kedua, namun Ashira mengakui hatinya belum terbuka untuk berkahwin dan mencari pengganti yang baru.

Mungkin disebabkan bujang terlalu lama dan mempunyai anak yang menjadi peneman hati sehingga kini, Ashira walau bagaimanapun tidak memilih tentang kriteria yang perlu ada dan hanya berserah pada ketentuan Ilahi.

View this post on Instagram

A post shared by AshiraGV7 (@ashiraaziz)

Advertisement

Perkembangan terkini, selain sedang bersiap sedia untuk persembahan terakhir GV7 pada hari Ahad ini, Ashira berkata dia akan memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap kerjaya nyanyi selepas tamatnya program itu.

“InsyaAllah, selepas berakhirnya GV7 nanti saya akan keluarkan single terbaru, Sekurang-kurangnya dapatlah mengubati kerinduan peminat yang menyokong saya sejak dahulu. ” – Ashira

Sumber : mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments