#Hiburan: Lagi Kes Cabul, Kali Ini Youtuber Berusia 22 Tahun Ditahan Polis

Semakin menjadi-jadi nampaknya pendedahan kes jenayah seksual melibatkan artis dan personaliti media sosial.

Terbaru, seorang Youtuber terkenal berasal dari kelantan yang difahamkan baru sahaja berusia 22 tahun telah tampil menyerah diri kepada polis susulan ada laporan dibuat terhadapnya yang membabitkan kes cabul.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, kejadian tersebut berlaku di sebuah inap desa bertempat di Kubang Kerian, kira-kira pada bulan Ogos lepas.

Advertisement

Difahamkan, kejadian itu berlaku sebaik sahaja selesai penggambaran drama Youtuber itu dan mangsa yang merupakan wanita berusia 24 tahun telah tampil membuat laporan polis pada hari Jumaat yang lalu.

“Wanita berusia 24 tahun itu telah membuat laporan polis pada Jumaat lalu. Dia mendakwa dicabul dan kemudian suspek tampil hari ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu untuk siasatan lanjut”

Jelas Abdul Rahim, fakta kes mendapati mereka telah berkenalan menerusi seorang rakan yang menawarkan mangsa untuk berlakon dalam sebuah drama yang diarahkan suspek.

Sebaik sahaja selesai penggambaran, mangsa diajak oleh suspek untuk tidur di sebuah inap desa dengan alasan masih ada saki-baki penggambaran pada keesokan hari.

Advertisement

“Semasa mangsa berseorangan dalam bilik iaitu tempat kejadian, suspek didakwa telah masuk ke dalam bilik dan mencium secara paksa selain turut melakukan perbuatan onani”

Permohonan reman ke atas suspek akan dibuat dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Sumber : Harian Metro


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments