#Hiburan: Hael Husaini Harap Nabila Razali Nyanyi Sendiri Lagu Peluang Kedua Di AJL35

Tampil mengejutkan ramai pihak apabila menggantikanpenyanyi serba boleh Nabila Razalimendendangkan lagu Peluang Kedua pada malam ketiga Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM) Ke-35, penyanyi Hael Husainiakui dirinya amat berharap agar Nabila dapat menyanyikan lagu tersebut di pentas akhir Anugerah Juara Lagu Ke-35 (AJL35) kelak.

Katanya, biarpun lagi itu merupakan hasil karyanya, Hael yang juga sahabat karib Nabila mendedahkan ia lebih sesuai didendangkan sendiri oleh wanita tersebut.

Advertisement

Oleh hal yang demikian, Hael juga tidak ketinggalan menyeru peminat agar mendoakan kesihatan Nabila kembali pulih supaya penyanyi yang sering dikecam bersuara sumbang itu dapat beraksi di AJL35 nanti.

“Saya mohon jasa baik peminat mendoakan kesihatan Nabila supaya dapat melakukan persembahan yang baik pada malam AJL35 nanti. Ini kerana Nabila lebih sesuai menyanyikan lagu Peluang Kedua memandangkan lagu ini dilahirkan untuknya, meskipun ciptaan saya.”

Biarpun gementar, Hael juga mendedahkan tindakannya menggantikan Nabila merupakan keputusan yang dibuat bersama penyanyi itu sendiri.

Advertisement

“Saya gementar kerana lagu Peluang Kedua sangat besar dan bersifat ‘Nabila Razali’. Saya bersetuju ketika nama dicadangkan kerana niat mahu membantu Nabila atas dasar persahabatan dan kepercayaannya terhadap saya. Kami mengadakan sesi perbincangan beberapa kali sebelum keputusan dicapai. Ini adalah keputusan bersama disebabkan saya juga sudah terbiasa dengan lagu ini. Lagipun, masa sangat suntuk untuk membuat keputusan. Saya sedar bukan calon terbaik, namun saya sudah melakukan apa yang termampu. Alhamdulillah, lagu Peluang Kedua berjaya mara ke AJL35.”

Untuk rekod, lagu Peluang Kedua baka berentap di peringkat akhir AJL35 bersama 11 lagi calon lain pada 7 Februari  2021.

Sumber: BH Online 


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments