Dengan pemakanan yang tidak terjaga, stres di tempat kerja, tambah pula dengan penjagaan kulit yang tidak konsisten, kesannya akan terlihat pada kulit wajah. Kusam, tidak bermaya dan akhirnya akan kelihatan tua sebelum usia. Tidak, hentikan semua mimpi ngeri ini!
Bagi mereka yang mengalami kulit kusam tidak bermaya kerana tidak mengambil kisah dengan keadaan kulit sebelum ini, masih belum terlambat untuk merawat kulit anda. Jenama penjagaan kulit dari Amerika Syarikat, Neutrogena memperkenalkan Neutrogena® Bright Boost untuk pembaharuan kulit 10 kali lebih pantas bagi menyerlahkan kulit lebih cerah & bermaya setiap hari.
Setiap 30 hari, kulit secara semulajadinya akan menyingkirkan lapisan paling atas untuk digantikan dengan yang baru. Namun, hari semakin hari ada sel kulit mati yang tidak dapat diganti menyebabkan tona kulit tidak sekata dan kelihatan kusam.
Dirumus dengan bahan pencerahan terbaru Neoglucosamine®, bahan bukan asis ini menyingkirkan kekusaman untuk menghasilkan sel kulit baru yang 10 kali lebih cerah dengan tona sekata.
Jika Hyaluronic Acid menggalakkan proses hidrasi, Neoglucosamine® pula menjadikan kulit lebih cerah dengan membina blok Hyaluronic Acid yang membantu memperbaharui kulit. Hasilnya, kulit lebih segar dan berseri.
Secara amnya, Neoglucosamine® berfungsi dengan 3 keperluan untuk kulit lebih cerah berseri iaitu:
-Mengganti lapisan baru (resurfacing)- Neoglucosamine® terbukti mempercepat penggantian sel kulit 10 kali lebih pantas berbading kulit yang tidak dirawat. Bahan ini mempercepat proses ini dengan membantu sel kulit mati terbebas dari lapisan atas kulit.
-Menyekatakan tona – Untuk tona kulit lebih sekata dan lebih lembut, Neoglucosamine® mengurangkan penampilan bintik hitam dengan merencatkan proses pigmentasi kulit.
-Hidrasi -Neoglucosamine® bertindak lebih efektif dalam memberi kelembapan untuk sel kulit bagi wajah lebih anjal dan terhindar dari garis halus.
Neutrogena® Bright Boost dengan formulasi Neoglucosamine® ini adalah bahan pencerah kulit yang dapat memperbaharui sel kulit 10 kali lebih pantas kini boleh didapati di Watsons berhampiran anda. Bagi anda yang tercari-cari penjagaan kulit untuk kesan yang cepat untuk kulit bermaya dan tona sekata, inilah produk yang anda cari.
Dapatkan Neutrogena® Bright Boost di Watsons seluruh Malaysia dan miliki kulit sihat cerah berseri seperti diidam-idamkan.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments