#Hiburan: Disahkan Bebas COVID-19, Alif Satar Zahir Rasa Syukur

Selepas hampir 12 hari dirawat dan menjalani kuarantin di Hospital Melaka, kini pengacara dan pelakon popular tanah air, Alif Satar seakan mampu menghembus nafas syukur apabila beliau kini telah disahkan bebas daripada wabak COVID-19.

Menurutnya, beliau kini dibenarkan pulang dan berada di sisi keluarga tercinta.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Alif menerusi sebuah posting yang memaparkan kenyataan media di laman Instagramnya.

Kata Alif beliau kini amat bersyukur dan tidak ketinggalan menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang selama ini tidak putus-putus mendoakan kesejahteraannya.

“Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi atas segala nikmat, rezeki, kesihatan dan kebahagiaan yang dikurniakan. Sukacita Alif kini sudah kembali sihat dan kini berada bersama keluarga tersayang. Alif ucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak terutama Kementerian Kesihatan Malaysia, produksi Muzik-Muzik TV3, JS Pictures dan rakan industri.”

Bagaimanapun, Alif juga memaklumkan bagawa dirinya akan mengambil masa beberapa hari untuk meluangkan masa bersama keluarganya sebelum mula bekerja seperti biasa.

“Selepas berjauhan dengan isteri dan anak-anak, Alif yakin ramai yang tahu dan dapat rasakan betapa berat perasaan rindu, jadi Alif akan mengambil masa beberapa hari untuk bersama seluruh ahli keluarga sebelum kembali bekerja.”

Untuk rekod, gempar di seluruh negara apabila Alif disahkan positif wabak berkenaan beberapa hari lalu selepas muncul di kaca televisyen secara langsung menerusi persembahan yang dilakukannya di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 35 #SFMM35.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments