#Hiburan: Tak Cukup Tiga Orang, Wawa Zainal Rancang Nak Tambah Anak Lagi

Menyambut ulang tahun kelahiran suaminya yang ke-32 tempoh hari, pasangan selebriti popular tanah air Wawa Zainal dan Aeril Zafrel raih perhatian umum apabila sambutan yang dirai penuh gah di sebuah lokasi mewah di ibu kota itu dilihat penuh romantis.

Menerusi posting tersebut, Wawa dilihat seakan menzahirkan rasa gembira seperti mula-mula bercinta kerana sambutan itu merupakan kejutan pertama yang pernah dilakukannya buat suami sepanjang mereka berkahwin.

“First time surprise untuk Aeril.. hahaha best jugek sweet2 macam ni rasa macam baru bercinta.”

Namun begitu, pelakon yang kini aktif dalam perniagaan itu khabarnya sempat bertanya kepada pengikutnya andai mempunyai sebarang soalan ingin diajukan kepada suaminya, beliau sedia menjawab.

“Sempena birthday Aeril yang ke-32 korang nak tanya apa pasal president TikTok ni? i tolong jawab,”

Lantas, wujud seorang netizen tampil  bertanya adakah Wawa dan suami mempunyai perancangan untuk menambah bilangan anak pada masa akan datang.

Kata Wawa, “Nak” namun beliau tidak mendedahkan berapakah bilangan zuriat yang beliau dan suami idamkan kelak.

Untuk rekod, Aeril dan Wawa telah sah bergelar suami isteri pada 2013. Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5, dan Aya Soffya yang kini berusia setahun.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments