Gara-gara salah meneka umur, selebriti Siti Elizad berasa sedih kerana tekaan peminat tersebut salah dan dianggap tua dari umur sebenar.
Siti Elizad atau nama sebenarnya, Siti Elizad Mohamad Sharifuddin berkongsi mengenai perkara itu menerusi akaun Instagram miliknya baru-baru ini. Menurut Elizad, peminat tersebut berniat untuk memujinya namun tersilap meneka umur dan menyangka dirinya berumur lingkungan 40-an.
Tidak mengambil perkara itu secara serius dan hanya memuat naik entri berkenaan untuk bergurau senda bersama peminat, namun pelakon yang kini berusia 36 tahun ini mengakui dirinya berasa sedikit sedih.
Tambah Elizad, setelah menerima mesej berkenaan, dia terus bertanyakan suaminya iaitu Shamsul Baharin Abdul Rahman tentang pelbagai soalan mengenai penampilan diri.
View this post on Instagram
“Murung saya pagi ini bila baca DM tu, penat saya pakai macam-macam, tiba-tiba bila macam tu terasa diri ni dah tua pula..Saya terus tanya suami, saya ni nampak tua ke, suami berhasrat nak cari yang lebih muda ke. Tak fasal-fasal suami saya pula yang kena soal.”
Menurut pelakon drama Jalan Sesat Ke Syurga ini, dia sama sekali tidak menyimpan perasaan marah malah peminat tersebut turut tampil memohon maaf kepadanya.
View this post on Instagram
Mengakui persoalan mengenai umur adalah isu sensitif bagi sesetengah pihak, Elizad walau bagaimanapun terhibur apabila sekali sekala menerima pesanan mesej sedemikian.
Sumber : mStar Online
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments