#Hiburan: “Saya Sudah Penat, Tak Nak Keruhkan Keadaan Lagi..” – Caprice

Kecoh di media sosial apabila penyanyi rap, Caprice meluahkan rasa tidak puas hati berkaitan dengan misi kemanusiannya di Gaza dan di dalam luahan tersebut Caprice mendakwa Ustaz Ebit Lew menimbulkan rasa kurang senang di kalangan rakyat Palestine apabila beliau mengambil gambar menghulurkan permainan kepada kanak-kanak disana.

BACA: Simpan Rahsia Besar Tentang Misi Gaza, Ini Kronologi Luahan Perasaan Caprice Buat Ustaz Ebit Lew

Advertisement

Walau bagaimanapun, setelah beberapa minggu hal ini berlarutan Caprice memohon maaf atas apa yang telah berlaku kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan namun masih kecewa dengan segelintir pihak.

Saya sudah penat.

Saya sudah minta maaf dan tak nak keruhkan keadaan lagi, tapi kita sangat kecewa dengan pihak-pihak yang berguna kuasa untuk sembunyikan orang lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Dalam pada masa yang sama, di dalam Insta Story Caprice, dia turut berkata akan memperbaiki dirinya untuk menjadi lebih baik.

Saya memilih untuk memperbaiki diri, saya masih belum ‘sembuh’ dengan apa yang berlaku tetapi Insya-Allah, mental dan fizikal saya akan menjadi lebih baik selepas ini.

Insta Story CapriceSumber : Insta Story Caprice  

 

Malam tadi, Caprice telah membatalkan sesi Instagram Live yang sepatutnya di lakukan olehnya pada 10 malam atas kerana Ustaz Ebit Lew telah membuat laporan polis berkaitan dengan kontroversi yang tercetus ini.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Saya Sudah Penat, Tak Nak Keruhkan Keadaan Lagi..” – Caprice first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments