#Hiburan: “Tak Ramai Orang Ada..”- Sharnaaz Ahmad Puji Sikap Amir Raja Lawak, Tak Malu Cari Rezeki Tepi Jalan

Pelakon Sharnaaz Ahmad baru-baru ini ada menitipkan doa buat pelawak dan juga usahawan, Amir Raja Lawak yang baginya mempunyai ‘sesuatu’ yang tidak ramai ada dalam diri mereka.

Kata Sharnaaz, dia mengagumi sikap Amir yang sentiasa berusaha mencari rezeki ketika berada dalam keadaan susah.

Advertisement
IG Story Sharnaaz AhmadSumber : Instagram  

Sesuatu tentang beliau yang tak ramai orang ada. Berusaha bila susah..

Dalam pada itu, pelakon filem Jebat The Movie itu turut mendoakan agar perniagaan air jagung Amir berjaya dan mampu memasuki kedai serbaneka terkenal tempatan seperti 7Eleven dan sebagainya.

Berusaha bila susah, dan tidak goyang kaki. Terus maju amir. Kami doakan satu hari air jagung hang mampu masuk 7e dan kedai 24 jam. Amin.

Sekadar info, Amir kini menjalankan perniagaan air minuman berasaskan jagung yang dikenali sebagai Air Jagung Amirreka.

Dia yang dilihat tidak malu berpanas dan berniaga di tepi jalan mendapat pujian peminat dan juga rakan artis kerana dilihat mempunyai usaha tersendiri dalam meneruskan kehidupan meskipun bergelar anak seni.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

sharnaaz ahmad bidas wanita tudung labuh
3 hari lalu

"Tudung Labuh Tapi Jaga Tepi Kain Orang!" - Disuruh 'Getback' Dengan Noor Nabila, Sharnaaz 'Hentam' Balik

 

The post “Tak Ramai Orang Ada..”- Sharnaaz Ahmad Puji Sikap Amir Raja Lawak, Tak Malu Cari Rezeki Tepi Jalan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments