#Hiburan: Tertekan Dituduh Penipu, Nur Sajat Masuk Hospital Kerana Alergik

Gara-gara tertekan terpalit kontroversi ingin menukar jantina daripada “lelaki” kepada “perempuan” di kad pengenalan, usahawan kosmetik Nur Sajat terpaksa ditahan di hospital kerana mengalami masalah alergik di badannya.

Menerusi beberapa muat naik di akaun Instagramnya, Sajat ada berkongsi keadaan terkini dirinya dan mendakwa apa yang berlaku memang berkaitan dengan kontroversi tersebut. Sajat didakwa ingin menipu dalam proses pertukaran jantina di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Terdahulu, seorang wanita yang dikenali sebagai Yusmiliati Mohamed Yusof menuntut Sajat membuat permohonan maaf secara terbuka di media sosial dalam tempoh 48 jam, atas dakwaan usahawan itu telah menganiaya dirinya kerana gagal menguruskan dokumen menukar maklumat jantina daripada “lelaki” kepada “perempuan” di dalam kad pengenalan.

Bagaimanapun, Sajat enggan meminta maaf dan mengatakan dirinya tidak bersalah dan tidak pernah membayar bagi mendapatkan pertolongan untuk menukar maklumat jantina seperti yang didakwa.

Sumber Berita : Media Hiburan

 


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments