Sedia maklum, kini jemaah haji musim ini sudah mula berperingkat pulang ke negara masing-masing secara berperingkat setelah selesainya ibadah haji mereka.
Baru-baru ini, tular satu video di platform TikTok memaparkan sekumpulan jemaah haji berjantina wanita bergaya sakan di dalam pesawat ketika mahu pulang ke kampung halaman.
Difahamkan dari video yang dimuat naik oleh kru kabin pesawat berkenaan, mereka adalah jemaah haji berketurunan Bugis dari Makassar, Indonesia.
Jika dilihat dalam video terbabit, wanita-wanita itu menggayakan pakaian berwarna-warni lengkap dengan barang kemas dan cermin mata hitam. Boleh di katakan suasana di dalam pesawat itu seakan-akan pertunjukan fesyen.
Boleh lihat juga beberapa wanita warga emas yang lain sedang sibuk bersolek di tempat duduk mereka sambil diperhatikan rakannya yang lain.
Video terbabit sememangnya meraih perhatian yang cukup hebat hingga mencecah lebih 2.1 juta tontonan daripada warganet dan meninjau di ruangan komen, netizen mempunyai reaksi yang berbeza-beza.
Ada yang berpandangan itu merupakan budaya orang Bugis sejak zaman dahulu kala setelah selesai menunaikan ibadah haji, namun ada juga mengecam mengatakan cara mereka meraikan itu berlebihan.
The post “Sia-Sia Pergi Haji!” – Terus Tukar Baju Dalam ‘Flight’ Dari Mekah, Nenek-Nenek Teruk Dikecam first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments