Sedia maklum, penyampai radio, Fizi Ali kini telah meninggalkan radio Suria FM dan hal itu telah menarik perhatian pelawak, Shahrol Shiro untuk memberi pandangannya.
Menurut Shahrol, pihak pengurusan radio terbabit memang sudah lama tidak bersikap professional dan itu sudah terjadi sejak dirinya menjadi penyampai radio di saluran terbabit.
Susulan perkongsian yang panjang di laman Instagram mengenai hal itu, salah seorang Team Pagi Suria iaitu Ajak berasa kurang senang melihat Shahrol berkongsikan hal yang didakwa hanya sebelah pihak sahaja.
View this post on Instagram
Sebelum ini, Shahrol yang pernah menjadi penyampai radio Suria FM di berhentikan kerana mempunyai masalah disiplin dan menjawab kata-kata yang dikeluarkan oleh Ajak itu, Shahrol berkata pengundurannya telah membuka rezeki kepada Ajak untuk menjadi penyampai radio di Suria FM setelah berkhidmat di Hot FM.
Tidak mendiamkan diri, Ajak membalas dengan mendedahkan dirinya pernah menangguhkan tawaran di Suria FM kerana memikirkan persabahatan bersama Shahrol serta tidak meminta pihak pengurusan radio itu meneruskan saman terhadap pelawak terbabit.
Dalam pada itu, tindakan baik Ajak terhadap Shahrol tidak berbalas kerana sewaktu awal karier mereka, Shahrol difahamkan telah menerima tawaran penyampai radio tanpa pengetahuan Ajak.
Awak kata jangan terima. Saya tolak tawaran radio nombor satu. Rupanya awak terima pelawaan itu dengan orang lain.
Sekadar info, Fizi sebelum ini bersama Ajak dan Suraya Borhan mengendalikan Team Pagi Suria umum undur diri dan memulakan kerjaya penyampai radio di stesen Hot FM bersama Fad di segmen Sembang Squad.
The post “Saya Tolak Tawaran ERA Sebab Awak Kata Jangan Terima” – Ajak Shiro Dedah Kisah Lama, Shahrol Rupanya ‘Tikam Belakang’? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments