Sedia maklum, setelah hampir 11 tahun bertarung dengan kanser limfoma yang dihadapi, penyanyi Elyana baru-baru ini disahkan sudah bebas dari penyakit itu.
Biarpun sudah tidak perlu lagi berlawan dengan kanser terbabit, Elyana memberitahu dirinya masih perlu menjalani sesi kemoterapi biarpun sudah pulih.
Baru-baru ini, penyanyi berkenaan ada berkongsikan satu video di laman media sosialnya yang memaparkan dia bersama rakan-rakannya sedang sakan menari sambil mempromosikan produk jualan mereka.
Biarpun kelihatan gembira, apabila meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mempunyai pandangan yang berbeza, di mana mereka menasihati Elyana untuk bergembira secara berpada-pada.
Bahkan, cara penyanyi terbabit membalas komen ‘nasihat’ daripada netizen juga membuatkan ramai yang terkejut.
Bagaimanapun, terdapat juga segelintir netizen mengatakan itu adalah perangai sebenar Elyana dimana dia memang seorang yang ‘gila-gila’ dan komen itu turut di persetujui oleh tuan empunya badan.
Susulan itu juga, Elyana ada memuat naik satu status di media sosialnya bahawa dia tidak pernah lupa diri dan untuk menjadi dirinya sekarang ini, bukan satu perkara yang mudah.
The post “Membazir Rasa Kesian Dekat Kau Dulu” – Sakan Berjoget, Netizen Luah Kecewa Dengan Elyana first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments