Seperti yang sudah diketahui ramai, ayah kepada pelakon Azza Elite pergi meninggalkan dia untuk selama-lamanya dan biarpun masih di fasa bersedih, pelakon itu terpaksa mendengar kata-kata yang kurang enak kerana lewat membuat penghantaran sejadah.
Seseorang yang mendakwa Azza lewat membuat penghantaran sejadah itu dilontarkan oleh pengacara sensasi iaitu Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA.
Menurut Diva AA, tempahan sudah pun di buat sejak seminggu lalu, namun masih belum sampai ke tangannya.
View this post on Instagram
Sedar dirinya dikecam oleh pengacara tersebut, Azza memuat naik semula kata-kata ‘kesat’ itu di laman Instagram dan meminta agar Diva AA memahami keadaannya ketika ini yang masih sedih dengan pemergian bapa.
Sampai hati dia tulis macam ni! Bapa saya meninggal semalam paham tak. Jangan sesuka hati maki!
Dalam pada itu, Azza berkata niat pengacara itu membeli sejadah sudah baik tapi mohon, dalam pada masa yang sama untuk fikir keadaan orang lain juga dan jangan terlalu mementingkan diri.
Jika dilihat dalam hantaran screenshot yang dimuat naik itu, Diva AA meluahkan bahawa bangsa Melayu yang membuat perniagaan sering mempunyai masalah tidak menepati masa dan juga beritahu, dia tidak ‘hamak’ dengan barang free kerana mampu untuk membayarnya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.
The post “Kau Busy Jahit Sejadah Ke?!” – Dimaki Sebab Hantar Sejadah Lambat, Azza Elite Anggap Diva AA ‘Selfish’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments