Biarpun sudah dua bulan drama She Was Pretty ditayangkan kepada umum, baru kini drama terbabit menerima kritikan daripada warganet yang menontonnya.
Netizen berasa kurang senang apabila melihat beberapa babak di antara pelakon utama Dania Danielle dan Aiman Hakim yang kelihatan begitu ‘mesra’ walaupun kedua-duanya sudah bergelar suami isteri orang lain di luar drama.
Melalui platform media sosial TikTok, seorang pengguna memuat naik rakaman babak-bakak memaparkan pelakon utama itu membuat aksi romantis serta membandingkan dengan drama sebelum ini hangat diperkatakan orang ramai yang di lakoni oleh Zul Ariffin.
Melalui hasil pemerhatian pengguna berkenaan, dia merasakan drama yang di adaptasi dari drama Korea Selatan itu lebih terbuka untuk ditayang secara ‘online’ berbanding di kaca TV, dimana garis panduan lebih ketat.
Pengguna berkenaan mempersoal kenapa sebelum ini Zul teruk dikecam oleh orang ramai apabila melakukan adegan mesra tetapi apabila Diana dan Aiman melakukannya tiada siapa yang bersuara.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan pengguna berkenaan dan merasakan kedua-dua pelakon utama itu berlebihan melakukan adegan mesra sedangkan masing-masing sudah mendirikan rumah tangga.
Bagaimanapun, ada juga netizen berpendapat adegan seperti itu sudah lama dilakukan dalam drama ataupun filem Malaysia dan ia bagi mewujudkan keserasian serta menghidupkan watak.
Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.
The post “Laki Bini Orang” – Cium & Peluk Atas Katil, Netizen Anggap Lakonan Diana Danielle & Aiman Hakim Berlebihan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments