#Hiburan: Dah Selesai Kes Dera Di Mahkamah, Kali Ini Amber Heard Dakwa Johnny Depp Ada Masalah Mati Pucuk

Perbicaraan kes keganasan antara bintang Hollywood Amber Heard dan Johnny Depp meskipun sudah berakhir namun masih diperkatakan sehingga ke hari ini.

Terbaru, peguam Amber Heard mendedahkan bahawa pelakon Johnny Depp sebenarnya mengalami masalah mati pucuk sehingga membawa kepada perlakuan keganasan seksual terhadap pelakon Aqua Man itu.

Advertisement
Amber HeardSumber : Daily Mail Online  

Menurut portal berita MailOnline, peguam Amber berkata bahawa meskipun Depp enggan mendedahkan masalah yang dihadapinya, keadaan itu sedikit sebanyak relevan kepada tindakan keganasan seksual yang dilakukannya.

Katanya lagi, keadaan kesihatan Depp menjadi faktor kepada sikap ganas terhadap isterinya.

Dakwa Amber Heard, Johnny Depp mengambil ubat bagi mengatasi masalah mati pucuk dan menyebabkan dia sukar ketika melakukan hubungan intim.

Berikutan itu, Johnny menjadi seorang yang pemarah dan melepaskan kemarahan itu terhadap isterinya.

Saya menganggapnya sebagai hubungan seks ketika marah. Dia bertindak ganas terhadap saya selama beberapa kali dan melakukan hubungan seks dalam keadaan marah.

Tambahnya lagi, Johnny juga kerap pulang ke rumah dalam keadaan mabuk dan bertindak ganas.

Terdahulu, Depp menafikan semua tuduhan bekas isterinya itu termasuklah dakwaan serangan seksual sepanjang proses perbicaraan kes saman mereka yang berakhir Jun Lalu.

Hasil keputusan perbicaraan mendapati Amber Heard telah memfitnah Depp dalam satu kenyataan dalam akhbar Washington Post yang diterbitkan pada tahun 2018.

Heard telah diarah oleh mahkamah untuk membayar ganti rugi berjumlah AS$10.35 juta kepada Johnny Depp.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

amber heard johnny depp
1 bulan lalu

"Saya Masih Sayangkan Dia"- Amber Heard Akui Masih Cintakan Johnny Depp

The post Dah Selesai Kes Dera Di Mahkamah, Kali Ini Amber Heard Dakwa Johnny Depp Ada Masalah Mati Pucuk first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments