#Hiburan: Beli Barangan Rumah Bulan Merdeka, Berpeluang Menang Hadiah Sehingga RM152,000!

Hujung bulan ini Malaysia akan menyambut ulang tahun kemerdekaan buat kali ke-65. Biasalah, bercakap tentang bulan Ogos, pastinya dikaitkan dengan bulan untuk menunjukkan semangat patriotik. Oleh itu, Sharp Malaysia ada sesuatu yang istimewa untuk seluruh rakyat Malaysia dengan 65 pakej produk hebat yang rugi untuk dilepaskan dan lebih 61 roadshow untuk kempen Raikan Malaysia Tergempak.

Sharp Raikan Malaysia Tergempak Promo

Advertisement

Sudah lama merancang tukar TV baru? Inilah masanya untuk bertukar kepada Sharp! Mana tahu ada rezeki bawa pulang TV Aquos The Scene 60 dan 70 inci dan hadiah lumayan lain bernilai sehingga RM152,000! Semuanya dengan program Shop & Win mereka. Kalau nak tahu, TV Sharp Aquos adalah produk buatan Malaysia, jadi bulan Ogos adalah masa yang paling tepat untuk tunjukkan sokongan kepada produk tempatan.

Nak sertai untuk peluang menang TV percuma? Mudah je, ikut langkah di bawah:

1.Beli produk Sharp.

2.Muat turun app Cocoro

3.Daftarkan e-warranty dan muat naik invois.

Advertisement

4.Penganjur akan memilih 9 pemenang bertuah di akhir kempen.

Bukan itu sahaja, produk-produk Sharp yang lain juga ditawarkan dengan potongan harga istimewa sehingga 35% diskaun! Nak upgrade mesin basuh mak di kampung? Atau tukar peti sejuk terkini untuk memuatkan lebih banyak barang? Semuanya Sharp ada, memang rugi kalau tak dapatkannya sekarang.

Dah dapat 35% diskaun, ada pula hadiah bernilai sehingga RM6,000 dari Future Lab untuk pembeli. Pasti rambang mata memilih hadiah percuma ini berus gigi ultrasonik, penapis udara dan banyak lagi.

Istimewa untuk pembeli umur 65 tahun

Bersempena tahun ke 65 kemerdekaan negara, ada promo lebih istimewa untuk pembeli berumur 65 tahun. Tak kisah diri sendiri, atau ahli keluarga berusia 65 tahun, promoter Sharp akan memberikan penebusan hadiah kepada sesiapa yang berumur 65 tahun. 

Belum 65 tahun, tapi nombor kad pengenalan berakhir dengan nombor 6 atau 5? Korang pun layak menebus hadiah istimewa ini. Menarik kan? Masa nilah boleh bawa mak, ayah, bapa saudara, makcik atau sesiapa sahaja untuk menikmati ganjaran dari Sharp. Kena cepat kerana terhad untuk 10 pelanggan pertama sahaja. Promo ini juga tertakluk pada terma & syarat.

Sharp merdeka promo

Nantikan juga kemunculan roadshow Sharp di kawasan sekitar korang. Ada bermacam hadiah ditawarkan untuk pengunjung seperti beg tote, pelapik cawan corak batik dan payung. Semua cenderamata ini eksklusif sempena hari kemerdekaan negara. Jangan terlepas untuk dapatkannya nanti! Stok terhad sementara masih ada.

Dapatkan info lanjut mengenai kempen ini DI SINI. Jangan lupa ikuti Sharp di Facebook dan Instagram untuk kemas kini produk serta promo terbaru mereka.

The post Beli Barangan Rumah Bulan Merdeka, Berpeluang Menang Hadiah Sehingga RM152,000! first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments