“Masih ada juri yang berfikir cara lama”, begitulah luahan Datuk Hattan apabila dia menzahirkan perasaan kecewa dengan pemilihan lagu yang mara ke Anugerah Juara Lagu ke-35 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Dia juga turut meminta barisan juri agar berfikir di ‘luar kotak’ sebelum memilih lagu yang betul-betul layak untuk ke peringkat akhir di anugerah berprestij ini.
Menurut penyanyi lagu Biso Bonar ini, banyak perkara telah berevolusi dalam industri muzik sekarang dan peluang haruslah diberikan kepada bakat baharu yang berani berkarya dan memberi nafas baru dalam lagu ciptaan mereka.
“Azmeer kata ada lagu yang tak sesuai untuk pertandingan. Kalau dah dikategorikan begitu, tak payahlah bagi lagu ini masuk bertanding dari awal. Banyak perkara baru berlaku dalam muzik sekarang. Malah anak saya sendiri, Adam kata masa saya sudah berakhir, Saya pun mengakui kata-katanya. Kita kenalah hormat.”
View this post on Instagram
Dia turut tampil memberi komen mengenai lagu Sembah nyanyian Naim Daniel yang menjadi bualan peminat apabila dikatakan mempunyai peluang besar untuk mara ke pentas akhir. Gagal untuk bertanding, Hattan telah meminta Azmeer untuk menikmati lagu itu tanpa gitar dan menghayatinya.
“Itu cara ‘marketing’ Naim Daniel dan Azmeer kena fikir tujuannya untuk tarik orang lama sukakan lagu itu. Saya nampak Azmeer lebih utamakan lagu Aku Bidadari Syurgamu sedangkan lagu itu biasa saja.”
Tambahnya lagi, lagu Sakit nyanyian Yonnyboii juga dikategorikan ‘segar’ dan wajar diketengahkah lagi kerana penjiwaan penyanyi itu yang memberi nafas baru dalam lagu-lagu ciptaan masa kini.
View this post on Instagram
“Saya lihat juri nak pilih lagu-lagu yang menjerit-jerit sedangan zaman itu sudah berlalu, Industri muzik kita sepatutnya bergerak ke hadapan dan bukan mundur atau berada di takuk lama.”
Mengimbas kembali, ketua juri SAMM35, Azmeer memberitahu bahawa terdapat beberapa kesalahan kecil yang menjadi penyebab mengapa sesetengah lagu yang dijangka mara ke pentas akhir AJL35 tidak layak untuk bertanding.
Sumber: Harian Metro
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments