Mendedahkan sudah mempunyai pilihan nama untuk bayi perempuan yang bakal lahir tidak lama lagi, pelakon jelita Fasha Sandha akui telah berkongsi nama bayi tersebut kepada adiknya, pelakon Elisya Sandha.
Menurut Elisya, kakaknya itu memilih untuk meletakkan nama bayi tersebut dengan awalan huruf A. namun enggan memberitahu nama sebenar anak saudaranya yang bakal lahir kelak.
“Saya dah tahu nama, tapi tak nak dedahkan.”
Terdahulu, Elisya menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagramnya, beliau turut menyatakan rasa terujanya untuk bertemu dengan ‘Baby A’.
“Saya tak sabar nak berjumpa awak, Baby A. Angah, sedarilah yang awak selalu ada dalam doa saya dan saya berharap agar semuanya dipermudahkan, Insya-Allah.”
Dalam hantaran tersebut, Elisya juga turut memuat naik gambar dirinya bersama Fasha ketika menghadiri majlis ‘baby shower’ baru-baru ini.
Untuk rekod, Fasha telah diijabkabulkan dengan pelakon Aidil pada 30 Mac tahun lalu. Malah, ia merupakan kehamilan bayi pertama mereka selepas keguguran sebanyak dua kali.
Menerusi perkahwinan pertamanya, Fasha sebelum ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemyma.
Sumber: Gempak
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments