#Hiburan: Terima Sumbangan RM1,000, Wani Comel Gembira Dapat Kirim Duit Kepada Ibu Di Kampung

Berkesempatan bertemu dengan pemimpin tempatan yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar, Wani Comel zahir rasa teruja.

Menurut Wani yang juga mempunyai masalah obesiti itu, beliau amat gembira apabila bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu sudi meluangkan masa untuk bertemu dengannya.

Advertisement

“Terima kasih Tan Sri Noh Omar sudi meluangkan masa bertemu Wani. Wani ucapkan banyak-banyak terima kasih @mynohomar. Tak sangka beliau sudi luangkan masa berjumpa saya untuk bertanya khabar dan memberi sumbangan. @mynohomar bukan pemimpin, tapi negarawan.”

Advertisement

Lebih menarik, kata Wani juga mendedahkan pihaknya sejumlah wang sumbangan daripada Noh.

Bahkan, beliau juga turut menyifatkan jumlah yang diterima itu cukup besar pemberian tersebut benar-benar bermakna kerana wang tersebut boleh dikirimkan kepada ibunya di kampung.

“Tak pernah saya menerima wang sejumlah RM1,000. Dapatlah saya kirimkan buat ibu di kampung. Itulah sebenarnya harapan saya untuk membantu keluarga. Insya-Allah saya yakin kesabaran dan dugaan yang saya lalui akan digantikan dengan kebahagiaan.”

Advertisement

Terdahulu, kecih di media sosial apabila Wani terpalit dengan kontroversi melibatkannya dengan seorang usahawan kosmetik.

Lebih perit, Wani juga turut mendakwa dirinya dianiaya apabila tidak menerima sebarang faedah dan bayaran seperti dalam perjanjian dengan usahawan tersebut.

Sumber: Gempak


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments