#Hiburan: (TAKZIAH) Tokoh Ekonomi & Pendidikan Negara, Profesor Diraja Ungku Aziz Kini Disahkan Meninggal Dunia

Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid yang juga merupakan Tokoh ekonomi dan pendidikan negara, kini telah disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Prince Court di sini, hari ini.

Menurut laporan BH Online, kematiannya dimaklumkan sendiri oleh isterinya, Rahaiah Baheran.

Advertisement

Allahyarham yang berusia 98 tahun itu telah menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 4 petang tadi.

Jenazah akan dibawa ke Masjid At-Taqwa dan dijangka dikebumikan pada malam ini.

Sekadar informasi, Ungku Aziz yang dilahirkan di London, United Kingdom (UK), pada 28 Januari 1922 adalah seorang tokoh yang paling disegani terutamanya dalam bidang ekonomi dan pendidikan.

Bahkan, Allahyarham juga merupakan pemegang ijazah dalam bidang ekonomi pada 1951, di Universiti Malaya (UM), Singapura sebelum memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang sama di Universiti Waseda, Tokyo pada 1964.

Advertisement

Untuk rekod, Allahyarham sebelum ini pernah berkhidmat di Fakulti Ekonomi UM, Kuala Lumpur pada 1961 hingga 1965 dan pernah menjadi Dekan di fakulti itu. Malah, beliau juga telah dilantik sebagai Naib Canselor UM sehingga 1988. Beliau adalah naib canselor paling lama berkhidmat di universiti berkenaan.

Gelaran Profesor Diraja Ekonomi (Pembangunan Luar Bandar) telah dianugerahkan kepada Ungku Aziz yang juga bapa kepada bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar, pada 17 Jun 1978.

Sumber: BH Online 


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments