Debaran pentas akhir Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) kini kian memuncak apabila 12 buah lagu terbaik telah terpilih untuk bertanding ke AJL 35 selepas berentap di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35).
Keputusan itu diumumkan gandingan pengacara Sherry Al Hadad dan Haziq Hussni pada pentas minggu terakhir Semi Final Muzik Muzik 35 (SFMM35) yang diadakan di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral semalam.
Untuk rekod AJL35 akan berlangsung pada tarikh dan tempat yang akan dikemaskini kelak.
Berikut merupakan senarai penyanyi dan kumpulan bersama lagu yang berjaya mara ke pentas berprestij AJL35 yang akan berlangsung pada awal tahun hadapan.
Peluang Kedua– Hael Husaini
Hutang– FLOOR88
Kau Sakiti– Amir Masdi
Gundah– Ernie Zakri
Gila– Kaka Azraff, Noki & Tuju
Jangan Khianati Aku– Azlan & The Typewriter
Eh– Zizi Kirana
Aku Bidadari Syurgamu– Aishah
Belenggu Rindu– Jamal Abdillah & Wany Hasrita
7 Nasihat– Kmy Kmo, Luca Sickta & Shiha Zikir
Sumber: mStar
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments