#Hiburan: (TAHNIAH) Ayu Raudhah Dedah Kini Hamil Anak Kelima

Ibu kepada empat cahaya mata iaitu pelakon Ayu Raudah kini tampil mendedahkan bahawa dirinya telah hamil anak kelima.

Perkara itu didedahkan sendiri olehnya menerusi sebuah hantaran di laman Instagram sempena menyambut ulang tahunnya yang ke-36.

Advertisement

Seperti sudah dijangka, isteri kepada pemain bola sepak negara, Zaquan Adha, yang kini khabaranya lebih fokus dengan keluarga dan perniagaan meraih kata pujian daripada netizen.

Advertisement

Bahkan pengikutnya juga dilihat tidak terlepas menzahirkan ucapan tahniah buat pasangan itu dan mendoakan agar proses kehamilannya dipermudahkan kelak.

Untuk rekod, Ayu Raudhah telah sah menjadi isteri kepada Zaquan pada 21 Januari 2011. Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 7 Muhammad Aisy Aryann, 6 Laura Zuleykha, 3 dan Muhammad Aisy Khaliq, 1.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments