#Hiburan: Bijak Jawab Soalan Matematik, Anak Buah Mira Filzah Raih Pujian Netizen

Tindakan pelakon popular tanah air, Mira Filzah memuat naik video anak buahnya, Umar menjawab soalan matematik kurang daripada 30 saat kini telah meraih perhatian umum.

Kebijaksanaan kanak-kanak berusia 5 tahun yang kini menetap di New York itu dilihat sangat mengagumkan kerana bukan sekadat petah berkata-kata, namun beliau juga bijak dalam pelajaran.

Advertisement

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya menzahirkan rasa ingin belajar cara untuk menjawab sifir dalam masa singkat seperti yang dilakukan oleh kanak-kanak tersebut.

Advertisement

Bahkan, wujud juga segelintir pihak seakan mengakui bahawa mereka sebelum ini langsung tidak pernah tahu cara mudah seperti yang ditunjukkan oleh Umar untuk menjawab soalan matematik atau sifir.

Terdahulu, Mira pernah mendedahkan bahawa Umar telah terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke The Anderson School Citywide Gifted & Talented iaitu salah sebuah sekolah yang terbaik di New York.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments