Susulan pandemik COVID-19 yang makin berleluasa kini, pelakon dan pengacara jelita, Uyaina Arshad akui dirinya merupakan antara individu yang terpalit dan terkesan dengan apa yang terjadi.
Katanya, terpaksa menolak banyak tawaran kerjaya seni di Indonesia berikutan kes COVID-19 yang semakin hari semakin meningkat ini.
Tidak ketinggalan, mantan pengacara Nona ini juga akui jauh dari sudut hatinya agak sedih dan kecewa, namun tetap cekal dan yakin ada hikmah yang terselindung disebalik apa yang terjadi.
“Sebelum ini saya aktif mengacarakan banyak program untuk siaran stesen televisyen Indosiar seperti AKSI Asia, D’ Academy Asia, AKSI Indonesia, Golden Memories Asia dan banyak lagi. Namun begitu, semenjak pandemik, saya sedih kerana harus menolak banyak tawaran. Kita semua pun masih belum boleh ke luar negara. Kecewa juga bila pandemik berpanjangan tetapi saya tetap bersyukur dan yakin, semua perkara yang terjadi pasti ada hikmahnya.”
Dedah Uyaina lagi, biarpun tidak harus berulang alik ke Jakarta untuk melunaskan tuntutan kerja seperti sebelum ini, beliau kini seakan bersyukur kerana mampu menghabiskan banyak masa di samping keluarga tercinta.
“Selain itu, saya boleh mengembangkan kerjaya di Malaysia. Alhamdulillah, saya menjayakan beberapa tawaran drama dan saya juga aktif sebagai pengacara.”
Untuk rekod, Uyaina merupakan antara pengacara muda tempatan yang berjaya menembusi pasaran Indonesia untuk mengacara program-program popular di sana antaranya AKSI Asia, D’ Academy Asia, AKSI Indonesia serta Golden Memories Asia.
Sumber: Gempak
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments