#Hiburan: Selepas Neelofa, Kini Giliran Mizz Nina Lancar Aplikasi Islamik “Qalby App”

Selebriti yang aktif dalam kegiatan dakwah, Mizz Nina kini dikatakan telah melancarkan sebuah aplikasi Islamik yang diberi nama Qalby App.

Menurutnya, aplikasi itu juga turut tersedia di Google Playstore dan Apple Store sejak bulan lalu dalam peringkat beta-testing, namun ia telah dilancarkan secara rasmi awal bulan ini.

Kata Mizz Nina lagi, aplikasi berkenaan turut merangkumi pengetahuan dan keindahan Islam di dalam dunia digital.

Katanya, inspirasi untuk menghasilkan Qalby App datang ketika dirinya menghadiri kelas tafsir Ta’leem al-Quran di Alhudaonline pada penghujung tahun 2018.

“Adakah hati kita benar-benar suci? Bagaimana pula dengan iman saya? Allah tidak menghakimi penampilan kita tetapi hati dan perbuatan kita. Jadi begitulah lahirnya nama ‘Qalby’ tersebut yang bermaksud ‘hati saya’ dalam bahasa Arab.”

Untuk rekod, Qalby App menyediakan ciri-ciri seperti e-Journal, waktu solat, bacaan al-Quran, arah kiblat, koleksi doa, video ilmiah dan banyak lagi.

Malah, sehingga kini, aplikasi tersebut telah dimuat turun lebih 10,000 pengguna.

Rentetan itu, rata-rata pengikutnya tampil menzahirkan rasa teruja dan gembira dengan aplikasi tersebut. Tidak ketinggalan, ada juga memberikan respon yang positif terhadap aplikasi itu.

Sumber: BUZZKINI


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments