#Hiburan: “Saya Minta Maaf!” Cliff Umar Perjelas Isu ‘Rimas’ Pakai Pelitup Muka Di Pentas Akhir GV7

Penyanyi Cliff Umar yang baru sahaja merangkul gelaran juara bagi program Gegar Vaganza musim ke-7 (GV7) pada malam Ahad yang lalu.

Meskipun begitu, terjadi pula perkara yang tidak menyenangkan apabila netizen menganggap kata-kata Cliff ketika ucapan kemenangan yang menganggap pelitup muka sebagai sesuatu yang merimaskan adalah sebagai tidak sensitif.

Menurut netizen, Cliff Umar seolah tidak menjaga sensitivi banyak pihak terutamanya barisan hadapan yang bertungkus lumus menjaga keselamatan dan mengikut SOP.

Advertisement

Cliff yang kemudiannya ditemui media tampil menyangkal dakwaan netizen itu dan menjelaskan dia sebenarnya tidak bermaksud seperti apa yang difikirkan penonton.

“Saya minta maaf. Saya tak bermaksud nak buat mana-mana pihak terasa hati. Saya maksudkan pelitup itu menganggu apabila saya nak bercakap dan berikan ucapan. Bukan ia menganggu atau saya tidak bersetuju dengan prosedur operasi standard (SOP).

Menurutnya, dia merasa terganggu kerana memakai pelitup muka ketika menyampaikan ucapan kemenangan dan bukannya ingin memperkecilkan usaha-usaha petugas barisan hadapan.

Sumber: Harian Metro


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments