#Hiburan: Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Pertama, Ain Edruce Hadiahkan Suami Piano Bernilai RM20,000

Menyambut ulang tahun pertama perkahwinan mereka baru-baru ini, pengacara dan pelakon Ain Edruce tampil membuat kejutan istimewa apabila menghadiahkan suaminya sebuah piano bernilai hampir RM20,000.

Dia yang memuat naik video kejutan tersebut di ruangan Instagramnnya ternyata telah menarik perhatian peminat apabila melihatkan gelagat kedua suami isteri ini yang mencuit hati.

Dalam video itu juga, suami Ain iaitu Amirul Hafiz Mustaffa dilihat terkejut dan tertanya-tanya bagaimana isteri kesayangannya dapat membawa masuk piano tersebut ke tingkat satu kediaman mereka itu.

Advertisement

Namun begitu, apa yang mencuit hati adalah apabila Ain mendedahkan hadiah tersebut akan tetap menjadi miliknya kerana Amirul sebenarnya tidak pandai bermain piano.

Dia yang ditemui media berkata nilai piano tersebut adalah bernilai hampir RM20,000 dan tujuannya membeli alat muzik tersebut adalah untuk kegunaan anak sulung mereka yang bakal lahir kelak.

Advertisement

“Insya-Allah, kalau usia piano ini panjang, saya memang bercadang untuk mengajar dan menghantar anak mengikuti kelas piano.”

Ain yang kini sedang sarat hamil 4 bulan itu turut mempunyai saluran Youtube khas untuk peminat yang ingin melihat gelagat mereka suami isteri dalam menghadapi hari serta cabaran mendatang.

Sumber : Kosmo Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments