Finalis Hero Remaja 2020, Hariz Hamdan yang kini telah melibatkan diri dalam dunia lakonan telah berazam untuk membawa dirinya dengan baik apabila berada di lokasi penggambaran.
Mengakui dirinya sebagai pendatang baru, Hariz yang baru sahaja berusia 18 tahun berkata bahawa dia ingin berada dalam keadaan bersedia dan fokus sebelum memulakan sesuatu ‘shoot’ lakonan.
Tambahnya lagi, dia tidak gemar menggunakan telegon bimbit dan bermain aplikasi TikTok ketika sedang berada di set kerana bimbang ianya boleh menganggu tumpuan terhadap kualiti lakonannya.
View this post on Instagram
“Saya sendiri tak suka sangat main handphone ketika berada di set sebab takut nanti boleh kacau fokus. Saya lebih suka berbual dengan pelakon lain untuk tanya tips atau minta kongsi pengalaman mereka. Sebagai pelakon baharu saya perlu banyak belajar daripada pelakon senior. Sedangkan artis lama pun masih tambah ilmu, apatah lagi saya yang masih baru.”
Meskipun berasa takut apabila berada di set penggambaran kerana masih baru, Hariz walau bagaimanapun menganggap perasaan itu sebagai pembakar semangatnya untuk melakukan yang terbaik dalam setiap peluang yang diberikan.
View this post on Instagram
Berjanji akan memberikan komitmen sebaiknya kerana bidang lakonan memang telah menjadi minatnya sejak dari kecil, Hariz turut mengumumkan kepada media bahawa dia akan terlibat dalam sebuah projek filem terbaru berjudul Banglo Seksyen 12 pada Januari tahun hadapan.
Sumber : mStar Online
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments