#Hiburan: Merajuk Kerana Suami Sibuk Dengan Tuntutan Kerja, Shuk Sahar Hadiahkan iPhone Buat Isteri

Khabarnya merajuk kerana suami sibuk dengan tuntutan kerja, pelawak tersohor tanah air, Shuk Sahar tampil membuat kejutan menghadiahkan sebuah telefon pintar kepada isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau lebih mesra disapa Sera.

Katanya, beliau yang terlalu sibuk di kerja kadang-kadang langsung tiada masa untuk meluangkan masa bersama isteri tercinta.

“Baru-baru ni isteri saya @rossa.sera agak merajuk dekat saya. Sebab saya takda masa untuk dia. Kadang-kadang balik rumah tu cuma berlaga bahu saja. Tak sempat nak borak-borak. Balik rumah kadang-kadang terus letakkan kepala dekat bantal. Jadi dia agak monyok sikit sejak dua menjak ni. Jadi saya sebagai suami yang baik dan gentlement!! Saya beri dia kejutan yang tak disangka-sangka.”

Kata Shuk, memiliki sebuah iPhone merupakan salah satu hasrat yang telah lama dipendam oleh isterinya selama ini.

“Sebenarnya isteri saya teringin sangat nak pakai iPhone. Jadi malam ni saya tunaikan impian dia untuk pakai iPhone!”

Selepas dikejutkan dengn hadiah penuh bermakna itu, jelas terpancar keceriaan di wajah Sera yang sebelum ini muram kerana merajuk dengan suaminya.

Untuk rekod, Shuk dan Sera telah selamat melangsungkan perkahwinan pada 20 Disember 2015. Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments