Sering meluahkan pandangan di akaun Instagram, pengarah dan penerbit Michael Ang sekali lagi tidak mendiamkan diri mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan iaitu kisah seorang warga emas 80 tahun menjadi sasaran kemarahan apabila disalah sangka melarikan remaja perempuan orang kelainan upaya (OKU) berusia 16 tahun di Saujana Rawang, Sabtu lalu.
Menurut Michael Ang, 45, wanita berkenaan sepatutnya harus memikir dengan lebih rasional, lagi-lagi situasi ini melibatkan warga emas.
80 years old kot, tahu lah kau tengah nervous anak hilang tapi takkan tak ada otak atau kesabaran untuk tanya sebelum serang.
Kau yang tak reti jaga anak sampai anak merayau pun kau tak sedar lepas tu nak hentam orang! Tak baik tak baik.
View this post on Instagram
Dalam pada masa yang sama, Michael juga turut menasihati orang ramai agar tidak hilang pertimbangan jika berlakunya perkara seperti ini kerana jika silap langkah, ia akan memberi kesan kepada orang lain.
Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, hampir kesemua netizen turut bersetuju dengan kata-kata yang diluahkan oleh pengarah itu dan berharap agar kes tersebut dapat dijadikan sebagai pengajaran buat orang ramai.
The post “Kau Yang Tak Reti Jaga Anak!” – Michael Ang Bengang Warga Emas Dituduh Culik Remaja OKU first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments