Mengimbau kembali sewaktu awal-awal dirinya mengambil keputusan untuk mengenakan hijab sekitar bulan Mac tahun ini, penyanyi Ernie Zakri tampil memuat naik beberapa keping foto dirinya bertudung dengan gaya yang cukup ringkas di laman Instagram miliknya.
Menurut Ernie, beliau kini semakin mahir menggayakan tudung berbanding sebelum ini.
Hal ini demikian kerana, Ernie memaklumkan kepada umum bahawa dirinya kini hanya perlu mengambil masa sekitar 5 minit sahaja untuk menyarung dan menggayakan hijab.
“Hello Disember 2020. Throwback to the time I learned how to style my hijab. Alhamdulillah for everything. Now it took me 5 minutes to do it. (Samada cepat sebab dah teror or sebab malas?).”
Menjengah ke ruangan komen di entri berkenaan, rata-rata pengikutnya tampil memuji kecantikan bakal isteri penyanyi Syamel ini yang dilihat semakin anggun dan cantik mengenakan hijab.
Bahkan, sifat lemah lembutnya itu juga makin terpancar selepas memutuskan untuk menutup aurat dengan sempurna.
Terdahulu, keputusan Ernie untuk berhijab mendapat perhatian ramai khususnya peminat penyanyi itu sendiri. Bahkn, beliau yang popular menerusi lagu Ku Bersuara itu pernah berjanji pada dirinya bahawa tahun 2020 menjadi titik penghijrahan buatnya.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments